Thursday 15 December 2011

Untuk maklumat tambahan mengenai tajuk Kerja Paip Asas, sila rujuk di http://www.docstoc.com/docs/28599067/NOTA-KEMAHIRAN-HIDUP-TINGKATAN-SATU-Kerja-Paip-Asas-ALATAN
Untuk maklumat tambahan mengenai tajuk Elektrik  http://khbsatu.webs.com/elektrik.htm

Bagaimana kerja pemasangan paip - Tips pemasangan paip

Perbezaan Litar Siri Selari

Soalan Kerja Paip Asas

1. Nyatakan 3 jenis penyambungan paip.
2. Apakah soket yang sesuai untuk menyambung batang paip dengan pili.
3. Nyatakan ciri-ciri paip Besi Calvani.
4. Nyatakan kegunaan Perengkoh Paip.
5. Nyatakan jenis paip yang tahan lasak.

Jenis penyambungan paip

  1. Soket
  2. Soket sama Soket pengecil
    • Digunakan untuk menyambung paip yang sama saiz diameter
    • Digunakan untuk menyambung paip yang berbeza saiz diameternya
  3. Siku 90º
  4. Siku 90º sama Siku 90º pengecil
    • Digunakan untuk mengubah arah sambungan paip yang bersudut 90º
    • Digunakan untuk mengubah arah sambungan dua paip berlainan saiz yang bersudut 90
  5. T
  6. T sama T pengecil
    • Digunakan untuk menambah sambungan paip
    • Digunakan untuk menambah sambungan paip yang berbeza diameternya
  7. Puting Heksagon
    • Digunakan untuk menyambung dua soket sama atau dengan soket penyuai PT
    • Digunakan untuk menyambung dua jenis paip yang berlainan seperti paip BG dengan paip PVC
  8. Soket
    Penyuai Soket PT Penyuai soket injap
    • Digunakan untuk menyambung batang paip dengan pili
    • Digunakan untuk menghubungkan dua jenis paip yang berlainan seperti paipPVC dengan paip BG
  9. Palam
    • Digunakan untuk menutup hunjung paip yang tidak digunakan
  10. Soket penjodoh
    • Digunakan untuk menyambung dua batang paip BG tanpa mengubah kedudukan penyambung yang lain

Jenis-jenis paip

  1. Paip Besi Galvani
    • Dibuat daripada besi galvani
    • Ciri-cirinya
      1. Tahan lasak
      2. Tidak mudah patah
      3. Berat
      4. Tahan haba tinggi
      5. Boleh berkarat
      6. Dibahagikan kepada 2 jenis gred ketebalan
  2. Paip PVC
    • Diperbuat daripada PVC (Polyvinyl Chloride)
    • Ciri-ciri
      1. Murah
      2. Ringan
      3. Tidak tahan panas
      4. Mudah patah dan pecah
      5. Dijual dalam dua gred ketebalan
  3. Paip Poli
    • Paip getah tiruan hitam (HDPE)
    • Ciri-ciri
      1. Tahan karat
      2. Tidak mudah patah
      3. Mudah disambung dan mudah ditanggalkan
      4. Liat dan elastik
      5. boleh dilentur

Kerja Paip Asas

ALATAN TANGAN KERJA PAIP
  1. Perengkuh paip
    • Kengunaan - untuk memegang batang paip BG ketika memasang atau membuka penyambung paip
  2. Sepana boleh laras
    • Kegunaan - untuk membuka kepala pili
  3. Sepana hujung terbuka
    • Kegunaan - untuk membuka kepala pili
  4. Playar gabung
    • kegunaan - untuk memegang objek silinder, memotong wayar dan memutar nat kecil
  5. Playar muncung tirus (halus)
    • Kegunaan - untuk memegang benda-benda kecil ditempat yang sempit
  6. Kikir bulat (kikir ekor tikus)
    • kegunaan - untuk membuang gerigis bahagian dalam paip BG
  7. Kikir rata
    • kegunaan - untuk membuang gerigis bahagian hujung paip BG
  8. Pelocok
    • kegunaan - untuk membuang kekotoran daripada perangkap sinki
  9. Pita pengukur
    • Untuk mengukur jarak dan panjang batang paip
  10. Gergaji besi
    • Untuk mememotong batang paip BG dan PVC
  11. Pemotong paip beroda
    • Kegunaan - untuk memotong batang paip BG
  12. Pengulir luar
    • Kegunaan - untuk membuat bebenang luar (ulir luar) pada hujung batang paip BG
  13. Ragum paip yoke
    • Kegunaan - untuk memegang batang paip BG ketika kerja membuat bebenang dan memotong batang paip
  14. Pemotong paip PVC
    • Kegunaan - untuk memotong batang paip pvc dan paip poli
  15. Pelayar cengkam ragum
    • Kegunaan - untuk mencengkam batang paip dengan kukuh

Soalan Elektrik

1. Apakah yang dimaksudkan dengan litar elektrik?
2. Nyatakan 2 jenis litar.
3.  Berikan 3 perbezaan litar yang dinyatakan dalam soalan 2.
4. Pada pendapat anda, apakah litar yang sesuai digunakan di tempat kediaman?
5. Pada pendapat anda, litar manakah yang sesuai digunakan?

Wednesday 14 December 2011

Perbezaan litar siri dan litar selari

Litar SiriLitar Selari
Voltan
Voltannya adalah semakin kurang apabila beban bertambah
Vj=V1+V2+V3.....
Voltan
Voltannya sama disemua tempat
Vj=V1=V2=V3.....
Arus
Arusnya sama disemua tempat
Arus
Arusnya semakin kurang apabila semakin banyak beban
Rintangan
Semakin ditambah beban semakin banyak jumlah rintangan
Rintangan
Jumlah rintangan adalah lebih kecil daripada nilai perintang yang paling kecil
Apabila satu mentol terbakar, mentol yang lain tidak akan menyalaApabila satu mentol terbakar , mentol yang lain akan terus menyala
Jika ditambah satu mentol, mentol yang lain akan menjadi malap kerana bebanan bertambahJika ditambah satu mentol, nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah

Jenis-jenis Litar

  1. Litar siri
    • Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri
  2. Litar selari
    • Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara selari
  3. Litar siri selari
    • Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri dan juga selari

Elektrik

1. Litar Elektrik dan difinisi Litar
  • Satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan menggunakan pengalir (wayar) 
  •  Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil dari kewujudan dan aliran cas elektrik. Melalui tindak balas ia akan membentuk elektromagnet. Tenaga elektrik merupakan tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik. Elektrik merupakan sumber tenaga kepada manusia.