Thursday 15 December 2011

Untuk maklumat tambahan mengenai tajuk Kerja Paip Asas, sila rujuk di http://www.docstoc.com/docs/28599067/NOTA-KEMAHIRAN-HIDUP-TINGKATAN-SATU-Kerja-Paip-Asas-ALATAN
Untuk maklumat tambahan mengenai tajuk Elektrik  http://khbsatu.webs.com/elektrik.htm

Bagaimana kerja pemasangan paip - Tips pemasangan paip

Perbezaan Litar Siri Selari

Soalan Kerja Paip Asas

1. Nyatakan 3 jenis penyambungan paip.
2. Apakah soket yang sesuai untuk menyambung batang paip dengan pili.
3. Nyatakan ciri-ciri paip Besi Calvani.
4. Nyatakan kegunaan Perengkoh Paip.
5. Nyatakan jenis paip yang tahan lasak.

Jenis penyambungan paip

  1. Soket
  2. Soket sama Soket pengecil
    • Digunakan untuk menyambung paip yang sama saiz diameter
    • Digunakan untuk menyambung paip yang berbeza saiz diameternya
  3. Siku 90º
  4. Siku 90º sama Siku 90º pengecil
    • Digunakan untuk mengubah arah sambungan paip yang bersudut 90º
    • Digunakan untuk mengubah arah sambungan dua paip berlainan saiz yang bersudut 90
  5. T
  6. T sama T pengecil
    • Digunakan untuk menambah sambungan paip
    • Digunakan untuk menambah sambungan paip yang berbeza diameternya
  7. Puting Heksagon
    • Digunakan untuk menyambung dua soket sama atau dengan soket penyuai PT
    • Digunakan untuk menyambung dua jenis paip yang berlainan seperti paip BG dengan paip PVC
  8. Soket
    Penyuai Soket PT Penyuai soket injap
    • Digunakan untuk menyambung batang paip dengan pili
    • Digunakan untuk menghubungkan dua jenis paip yang berlainan seperti paipPVC dengan paip BG
  9. Palam
    • Digunakan untuk menutup hunjung paip yang tidak digunakan
  10. Soket penjodoh
    • Digunakan untuk menyambung dua batang paip BG tanpa mengubah kedudukan penyambung yang lain

Jenis-jenis paip

  1. Paip Besi Galvani
    • Dibuat daripada besi galvani
    • Ciri-cirinya
      1. Tahan lasak
      2. Tidak mudah patah
      3. Berat
      4. Tahan haba tinggi
      5. Boleh berkarat
      6. Dibahagikan kepada 2 jenis gred ketebalan
  2. Paip PVC
    • Diperbuat daripada PVC (Polyvinyl Chloride)
    • Ciri-ciri
      1. Murah
      2. Ringan
      3. Tidak tahan panas
      4. Mudah patah dan pecah
      5. Dijual dalam dua gred ketebalan
  3. Paip Poli
    • Paip getah tiruan hitam (HDPE)
    • Ciri-ciri
      1. Tahan karat
      2. Tidak mudah patah
      3. Mudah disambung dan mudah ditanggalkan
      4. Liat dan elastik
      5. boleh dilentur